Sunday, November 11, 2012

Marilah Belajar Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa merupakan ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tersirat.

Apabila sesuatu perkataan di dalam ungkapan tersebut dipisahkan, ia menjadi perkataan tersendiri dan hanya membawa makna asalnya. Sebaliknya apabila perkataan tersebut dirangkaikan dengan perkataan lain, maka maknayan akan berubah daripada makna perkataan asalnya tadi.

Berikut ialah simpulan bahasa yang bermula dengan abjad A:

Abang angkat – Lelaki yang dianggap seperti abang sendiri.
Abu Dajal – Orang yang suka mengganggu orang lain .
Abu Jahal – Orang yang jahat.
Ada Angin – Seseorang yang tidak boleh diduga sikapnya. Ada kalanya baik dan ada kalanya marah.
Ada bakat -mempunyai kebolehan.
Ada Buah – Mempunyai sebab atau tujuan tertentu.
Ada Hati – Mempunyai keinginan
Ada Jalan -  Mempunyai Cara
Ada Perangai – Ada tingkah laku yang kurang baik.
Ada Riak – Ada tanda-tanda akan jadi sesuatu.
Ada Sengat atau ada Taring – Mempunyai pengaruh atau ada kuasa
Adu Domba – Suka melaga-lagakan orang lain supaya berpecah belah.
Adu Kening – Diperhendapkan atau diketemukan.
Air Bujang – Hidangan minuman sahaja tanpa kuih
Air Emas – Sesuatu yang diingati selama-lamanya
Air mati -Air kosong yang sudah dimasak
Air Muka- Wajah atau nama baik
Ajak-ajak Ayam – Ajakan yang tidak bersungguh-sungguh
Akal Kancil – Pandai membuat tipu helah dan muslihat
Akal Panjang – Seseorang yang berfikiran tinggi dan mempunyai banyak idea
Akhir Zaman – Hari hampir Kiamat
Alas Perut – Makan hanya sekadar untuk menahan daripada lapar
Ambil Angin – Bersiar-siar
Ambil Berat – Mengambil Tahu
Anak Emas – Orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
Anak Gahara – Anak raja daripada pemaisuri.

1 comment:

  1. Ini sangat berguna, boleh papar di papan kenyataan dalam bilik darjah! ^^

    ReplyDelete