Thursday, November 8, 2012

Marilah Uji Kefahaman Anda

Tatabahasa : Kata Nama Am, Kata Nama Khas, Kata Ganti Nama

Lembaran Kerja

A.
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, senaraikan kata nama khas, kata ganti nama tunjuk  dan kata ganti nama diri orang daripada petikan.
 
 
           
              Perkampungan nelayan Beserah terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Kuantan. Perkampungan ini merupakan sebuah perkampungan nelayan tradisional di negeri Pahang. Kebanyakan nelayan di perkampungan ini masih menggunakan bot dan perahu kecil  untuk menangkap ikan. Mereka menangkap ikan sejauh kira-kira 15 batu nautika dari persisiran pantai.
Setiap hari mereka membawa pulang hasil tangkapan ikan ke pantai antara jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Kemudian, hasil tangkapan itu diangkut ke darat dengan menggunakan kereta kerbau.
              Jika anda berkunjung ke perkampungan ini, anda pasti dapat membeli pelbagai hasil laut. Di samping itu, perkampungan nelayan Beserah terkenal juga dengan buah-buahan tempatan, terutamanya durian. Bagi pengunjung yang ingin membeli cenderamata untuk dibawa pulang, mereka boleh membeli kain batik dari kilang batik di kampung ini. Selain itu, barangan kraf tangan juga boleh dibeli di bengkel kraf tangan yang diusahakan oleh penduduk di sini.

   
B.
Padankan kata ganti nama diri orang yang berikut pada kumpulannya yang betul.
 
 

C.
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1

“ _____________ mahu kamu berjuang habis-habisan,” titah Sultan Iskandar kepada para hulubalang.  
A
Baginda  
B
Patik  
C
Hamba  
D
Beta   2 Guru Besar sedang menyampaikan ucapan di hadapan murid-murid sekolahnya. _____________ menasihati _____________ supaya mematuhi peraturan sekolah.  
A
Dia…mereka  
B
Ia…kita  
C
Beliau…mereka  
D
Baginda…kamu   3 “Jika ingin berjaya dalam pelajaran,  __________ perlu rajin belajar,” kata Cikgu Asri kepada anak-anak muridnya.  
A
kami  
B
kamu  
C
awak  
D
mereka   4 “__________jangan masuk campur.  Hal ini antara ____________ dengan Samad,” kata Mokhtar kepada Izzudin.   
A
Kamu…saya  
B
Awak…kamu  
C
Kamu…kita  
D
Kita…kami   5 Sebaik saja Sultan Muzaffar tiba, penduduk Kampung Delima keluar  beramai-ramai kerana mereka ingin bertemu dengan ______________.  
A
baginda  
B
tuanku  
C
patik  
D
beta   6 “Jawapan yang ______________berikan itu tidak tepat,” kata Siew May kepada Zurina.  
A
mu  
B
nya  
C
kau  
D
ku   7 “Sudah beberapa kali _____________ mengingatkan _____________ supaya jangan bermain di sini,” kata Cikgu Yusof kepada Amir dan Harjeet.  
A
kami…kamu  
B
awak…kita  
C
kita…kalian  
D
saya…kamu   8 Ibu Hafizah meninggal dunia ketika ______________ berumur empat tahun.  
A
nya  
B
dia  
C
beliau  
D
mereka   9 “___________ janganlah mudah terpengaruh oleh hasutannya,” kata Ramlan kepada rakan-rakannya.  
A
Awak  
B
Kami  
C
Kalian  
D
Mereka   10 “___________ berjanji tidak akan melaporkan perkara ini kepada Guru Besar,” kata Fuad dan Gopalan kepada Rafidi.  
A
Kita  
B
Kami  
C
Kamu  
D
Kalian D.
Pilih ayat-ayat yang betul.
 
11  I Lukisan itu dihasilkan oleh ayah dia. II Mereka-mereka yang ponteng sekolah akan didenda. III Kita perlu bersatu hati dalam usaha menangani kegiatan jenayah. IV Saya dan Zainal singgah di Kedai Raju sebelum pulang ke rumah.  
A
I dan II sahaja  
B
III dan IV sahaja  
C
II, III dan IV sahaja  
D
I, II, III, dan IV 12  I “Awak mahu ke mana?” tanya Linda kepada Farah dan Azlina. II Pada waktu lapang, kami suka memancing ikan di sungai. III Beliau merupakan seorang penjenayah yang amat dikehendaki oleh polis. IV Baginda merupakan seorang raja yang sangat adil dan bijaksana.  
A
I dan II sahaja  
B
II dan III sahaja  
C
II dan IV sahaja  
D
I, II, III dan IV 13  I “Kami perlu bermain dengan sungguh-sungguh,” kata jurulatih kepada anak-anak buahnya. II Mereka bergotong-royong membersihkan kawasan tanah terbiar itu. III Ayah saya sudah bekerja di syarikat itu selama kira-kira sepuluh tahun. IV Amrita dan Dahlia ketawa terbahak-bahak kerana dia geli hati melihat telatah pelawak itu.  
A
II dan III sahaja  
B
III dan IV sahaja  
C
I, III dan IV sahaja  
D
I, II,  III, dan IV 14 I Dialah yang menjadi punca pertengkaran itu. II Kami dinasihati agar sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya. III Mereka-mereka sedang berbincang tentang masalah pelajaran. IV "Ampun tuan. Patik akan laksanakan perintah itu dengan segera," kata Hang Kasturi.  
A
I dan II sahaja  
B
II dan III sahaja  
C
III dan IV sahaja  
D
I, II,  dan III




6 comments:

  1. baik dan terus berusaha

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana memberi latihan yang baik.

    ReplyDelete
  3. Latihan cikgu dapat berkongsi bersama-sama, bagus.

    ReplyDelete
  4. latihan yang baik untuk menguji kefahaman murid.

    ReplyDelete
  5. Latihan ini bagus. Boleh saya tahu alamat bagi software ini ?

    ReplyDelete
  6. cikgu kenapa tak boleh check jawapan betul

    ReplyDelete